Hari ini saya nak kongsi dengan anda tentang ilmu perniagaan. Selalunya mereka yang bertanya saya petua dan tip bisnes yang sesuai dengan keupayaan mereka akan dikenakan bayaran RM500.. Biar betul?? Ya!! Memang betul sebab khidmat konsultan saya kalau sejam RM500. Tapi dalam blog ini, adalah percuma bagi anda atas niat saya membantu anda
Baiklah, mari kita mulakan topik yang penting..Adakah anda tahu, ramai yang kaya dengan bekerja sendiri. Saya disini bukan nak memperlekehkan anda yang bekerja makan gaji. Siapa kata kerja makan gaji tidak boleh buat perniagaan sambilan namun masa adalah terhad.
Untuk memulakan perniagaan sendiri, anda harus fokus satu persatu agar anda tidak silap langkah di kemudian hari kelak.
Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut.
Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.
Antara kebaikan kerja makan gaji:-
Berpeluang mendapat bonus tahunan
Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
Mudah naik pangkat
Mendapat gaji tetap setiap bulan
Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
Selain kerja makan gaji ada yang menjalankan perniagaan seperti perniagaan kecil, sederhana dan besar.
Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit.
Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.
Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-
Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Berpeluang untuk menjadi Jutawan dan merasai kebebasan masa bersama keluarga dan kebebasan kewangan.
Apa sahaja keputusan anda, bergantung pada diri anda. Ingatlah pesanan saya, sekiranya anda mahu mulakan bisnes, anda perlu minat pada sesuatu dulu. Kalau anda tak kenal maka anda tidak cinta. Saya cadangkan anda makan gaji lagi bagus kalau anda tidak minat bisnes…
Apa-apa perniagaan yang anda jalankan, belajarlah dan bertanya pada yang pakar dalam bisnes tersebut
No comments:
Post a Comment