Sunday, February 26, 2012

BERUBAH KEHIDUPAN

Untuk KAYA dan BERJAYA, Anda kena BERUBAH. Apa yang anda perlu ubah? Ubah SIKAP anda, kerana sikap adalah anda jadi Begini,begitu. Ubah penggunaankan MASA ,Belajar dari Orang Berjaya. Jangan Bertangguh, Jangan dengar dengan pencuri IMPIAN. INGAT!!! Untuk Berjaya, ikut cakap orang telah berjaya.Jangan bertangguh. Cari jalan bukan,Cari Alasan.Pernahkah Anda BERDOA untuk menyelesaikan masalah anda kepada TUHAN? Tidak Anda terfikir bahawa Setiap PELUANG yang datang bukan suatu kebetulan? Tidak ADA KEBETULAN DI DALAM DUNIA INI. Semuanya telah di tentukanNYA. JADI.......Bertindak sekarang Juga.

Sunday, February 12, 2012

Cabar potensi diri

Motivasi ini ditujukan kpd rakan2 kita yg dilahirkan atau ditakdirkan unik, istimewa dan juga rakan2 yg sentiasa dilanda kesakitan & penderitaan samada segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

Kata2 perangsang drpd sy, hentikan rintihan, hentikan kesalan. Sebaliknya bangunlah unt mencabar keunikan, kecacatan atau penderitaan anda – cabarlah potensi diri anda!

Kita patut bersyukur krn masih mempunyai pancaindera lain yg boleh kita tumpukan, gunakan dan bangunkan! Jika mata kita yg cacat, kita masih dikurniakan kaki dan tangan, jika anggota kita yg cacat kita masih mempunyai penglihatan. Apa yg penting, kita telah dikurniakan dgn akal fikiran unt membolehkan kita mencabar kecacatan fizikal itu.

Kita seharusnya mula mencabar potensi diri kita sendiri, yakni mencabar kesempurnaan diri kita. Alangkah malunya kita yg dilahirkan dgn segala sifat kesempurnaan, tetapi tidak mencabar kesempurnaan kurniaan Ilahi yg begitu berharga itu.

Sama2 kita Fikirkan!

Friday, February 3, 2012



Tak cukup untuk hanya sekadar
"bagus" kalau dikalangan orang-
orang yang bagus, kita kena
"hebat". tetapi kalau kita di
kalangan orang-orang hebat, kita
kena "luar biasa hebat"! cabar
diri anda untuk menjadi bagus,
hebat & luar biasa hebat


Wednesday, February 1, 2012

ILMU PERNIAGAAN



Hari ini saya nak kongsi dengan anda tentang ilmu perniagaan. Selalunya mereka yang bertanya saya petua dan tip bisnes yang sesuai dengan keupayaan mereka akan dikenakan bayaran RM500.. Biar betul?? Ya!! Memang betul sebab khidmat konsultan saya kalau sejam RM500. Tapi dalam blog ini, adalah percuma bagi anda atas niat saya membantu anda
Baiklah, mari kita mulakan topik yang penting..Adakah anda tahu, ramai yang kaya dengan bekerja sendiri. Saya disini bukan nak memperlekehkan anda yang bekerja makan gaji. Siapa kata kerja makan gaji tidak boleh buat perniagaan sambilan namun masa adalah terhad.
Untuk memulakan perniagaan sendiri, anda harus fokus satu persatu agar anda tidak silap langkah di kemudian hari kelak.
Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut.
Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.
Antara kebaikan kerja makan gaji:-
Berpeluang mendapat bonus tahunan
Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
Mudah naik pangkat
Mendapat gaji tetap setiap bulan
Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
Selain kerja makan gaji ada yang menjalankan perniagaan seperti perniagaan kecil, sederhana dan besar.




Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit.
Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.
Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-
Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Berpeluang untuk menjadi Jutawan dan merasai kebebasan masa bersama keluarga dan kebebasan kewangan.
Apa sahaja keputusan anda, bergantung pada diri anda. Ingatlah pesanan saya, sekiranya anda mahu mulakan bisnes, anda perlu minat pada sesuatu dulu. Kalau anda tak kenal maka anda tidak cinta. Saya cadangkan anda makan gaji lagi bagus kalau anda tidak minat bisnes…
Apa-apa perniagaan yang anda jalankan, belajarlah dan bertanya pada yang pakar dalam bisnes tersebut

Tuesday, January 31, 2012

MOTIVASI PEMBERI SEMANGAT TINGGI


Duit atau modal wang bukanlah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan; sekiranya anda mempunyai wang tetapi tidak ada kemahiran, duit anda akan habis. Jika anda mempunyai wang tetapi tidak ada cita-cita, ke mana anda nak pergi? Jika anda mempunyai wang, tetapi tidak ada ilmu, wang itu pasti akan lesap. Jika anda ada wang, tetapi tidak ada keberanian, anda akan hanya ada apa yang anda ada.

Sekiranya anda mencari orang yang berpotensi berjaya, selalunya mereka adalah orang tidak ada wang atau hanya ada sedikit wang, tetapi mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, keinginan yang luar biasa, sanggup berusaha atau bekerja untuk membina kejayaan dan suka atau ingin mempunyai banyak wang pada masa akan datang. Mereka ini saya suka. Mereka hanya perlukan sedikit wang dan berikan mereka ilmu bagaimana untuk membuat duit dan mereka akan berada di atas landasan yang betul untuk membina kekayaan & kejayaan.



Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penyebab atau penghalang untuk kita merubah hidup kerana yang kita perlukan adalah kuasa bertindak, sedikit wang atau pinjam wang serta ilmu.

Saya pernah bergadai untuk mendapatkan ilmu. Saya asalnya tidak ada duit, tetapi ada kuasa tindakan, ada keinginan. Saya jual utk beli. Saya jual brg2 kesayangan saya utk "beli" ilmu, untuk "beli" kejayaan saya. Hidup jangan jadikan masalah duit sebagai alasan atau penutup jalan kejayaan kita kerana ramai orang yang berjaya asalnya tidak ada duit. - Terjemahan Dr.Azizan Osman daripada tulisan Jim Rohn, lagenda pakar motivasi antara yang terbaik di dunia-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...